15 December 2011

Rindu seorang mokcik






15 June 2010

Rukun Damai Hidup Berpasangan

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

13 June 2010

Cinta Seorang Suami

.

Based on True Story.. dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata: "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya.. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat...

"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........ bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Kisah yang wajar kita teladani.

23 May 2010

Siap Sedia ?

Rahsia : pesanan Ibubapanya (cucu kedua)

Hari semakin hari, dijenguk keresahan dalam diri, diaju dan diasak soalan yg sama.. apakah itu PETANDA sudah tiba masanya untuk bersedia ?

Bayi.. satu jasad yang comel, yang ramai menyukainya... maaf, ada yang geli dgn bayi, iaitu dia.dia tak suka bayi, kerana baginya sukar difahami.. dia akui kecomelan bayi tp.. akhir-akhir ini didatangi 3 bayi dalam kamus hidupnya..bayi2 ini berdarah dagingkan dia.. tapi hanya sebahagian sebagai unjuran keturunan saudara-saudara perempuannya...
''kak, geli.. tak mahu pegang.. tak mahu''
'''i will be their bestfriend when they reach 1 years old..hehe'


Tidur malamnya dicuri lenanya kerana bunyi2 rengekan manja si bayi (mana2 satu lah yg menangis).. dia tak kisah untuk mandikan, untuk bancuhkan susu,untuk di cakar atau di gigit lembut oleh gigi2 comel.. tapi tidak untuk memahami konsep kebayian.. dan menjadi ibu.. tapi ada ruang di fikirannya, kenapa aku tak senang duduk untuk terus hanya melihat bayi2 ini, apakah aku juga turut mahu mempunyai seorang ? ah, masakan aku mahu jiwa keremajaan ku di adun dengan keibuan seawal ini, atau wahyu dr Allah melalui bisikan hati, terpesona dgn kejadian Allah. Ya, dia memang akui dia kagum..ciptaan roda hidup yg hebat!! Subhanallah

Nota kasih sayang : Anak-anakku.. tunggu dulu lah di syurga, ibu mu masing riang ceria di bumi sini..mengumpul koleksi pedoman ilmu rumahtangga ! Sempat2 la tu... senyum =) ibu sengih menggaru kepala , alamak!



Kad wangi, nasi minyak, walimah dan kemeriahan.. menjengah lagi, musim kenduri sarat dengan aktiviti sosial bermasyarakat... bukan kali pertama dia hadir di muka bumi yang mengadakan majlis2 tersebut tetapi pada tahun ini ada kelainan..2010.. agak banyak jemputan tertera pada kad dan mel2 elektronik atau manual, namanya! maknanya.. teman2 seperjuangan..sebaya..sedang mengorak langkah mencorakkan pentas seterusnya di arena kehidupan masing2... pantas atau masanya telah tiba atau sedang bermula!



Nota penantian: Perlukan berdebar ? Bila masjid akan di bina? siapa imamnya? pastikah 'dia' ? bagaimana masjid itu nanti? apakah majlis itu seperti majlis binaan sebuah masjid sebagai pusat ibadah atau bertukar menjadi pertunjukan binaan masjid terhebat sergam indah ? Redhakah Tuhannya, makmun2 lainnya masih di syurga... tunggu ya =) Layakkah dijadikan makmun dan diberi anugerah sebagai tuan punya masjid d majlis binaan masjid nanti ? harus melayakkan diri..tapi dia hanya orang BIASA



Melihat ibu ayah,kenalan, teman, sanak saudara punya isteri , suami, bertemu 2 jiwa dalam satu hati, mebuahkan hati (anak) yang mengikat hati lestari, ah begitu mengasyikkan kejadian alam raya ini.. apakah semua hambaNYA sedar .. tidakkah semuanya membiarkan diri khayal dengan keunikan ini ? apakah hanya bg yang celik dgn kanta mata hati ? apakah ia hanya terlintas sekilas dipenjuru fikiran atau untuk tatapan pemikiran insan beriman ?

Bergetarlah wahai hati , diri mu milik siapa ?

16 April 2010

Jem - ing !!

studio ajen

selepas 2 minggu kaki merayap merasa pengalaman ibnu batuta di bumi malaya... dari utara ke timur malaysia/sarawak.. jejak bermula dr pantai timur tanah semenanjung...

"i want to call u columbus..."
seseorang memberi aku gelaran musafir agung barat yg menemui tg harapan..dgn harapan aku sedar..kaki aku suka benar berjalan n merayap....ops, aku sedar!

sudah lama aku tak jem !! last sekali aku asyik lenan dlm dentuman drum yg dimainkan oleh tg shakeel di rumah wan fairs/adeq di semenyih... rumah sewa jem!

kali ini di studio ajen di rampai ber seri2 ... dentuman piano dan gorengan gitar elektro mmg buat aku asyik dgn dunia bunyi..slagi aku x lena bermakna mereka x main betul2.. sbb x asyik pun.... walaupon kdg2 aku rasa bunyi yg mbuatkan aku tedo sbb bunyi yg maksiat... memabukkan..tp....... jika bunyi betul2 umphhhh..... aku kira itu adalah anugerah alam , nikmat BUNYI !!!! asyik..... tp x mabuk !

percaya tak percaya.. aku bersama teman2.. fatin, arina, zkey, ajen, ji eng, faris.. yg x mengenali siapa aku pd erti bunyi..hanya seorang pendatang menghayati latihan bunyi mereka... ya, aku mmg hanya peminat instrument..hr ini mbuatkan aku pening menikmati bunyi2... yg dilatih2 menjadi lazat !

sweet............. sbb selepas 2 minggu menjelajah mencari erti kata hubungan.. jejak terakhir pd teman2 yg sempoi.... fikrah itu pd persefahaman...

"igt jaga haibah ! perlu dan mesti...." kata along selepas melihat perubahan isteri datuk k di iklan tv tengahari td.... kenapa dia mesti melatih dirinya tampil gah.. dan adakah itu satu keperluan?? persoalan yg tak ditanya pd diri yg x mementingkan imej tersendiri....dan aku bukan org yg x penting !!!

hari ini dalam sejarah.. mempunyai seorang dia... yg belum tentu milikku... mempunyai ibu mertua.. yg hanya bakal sahaja entah bila... mempunyai keluarga yg unik ceria... mempunyai teman2 senatero dunia rata... buat bumi maya ku bahagia... bumi realiti ku berfantasi meneliti dan meniti lukisan dan garis serta corak2 gaya kehidupan !!

Tuhan.. aku makhluk bertuhan... serta hamba jadian tuhan... aku rindu pada tuhan !!

02 February 2010

Ayat-ayat Mengurat

www.gua.com.my

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.

Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, GUA ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.

Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.

Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, GUA yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat.


Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan GUA yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

cadangkan ayat-ayat mengurat yang telah digunakan secara berjaya di ruangan komen. Selamat berhati-hati dalam mengurat!

28 February 2009

SO DO I....


Fight the fight alone I When the world is full of victims
Dims a fading light I In our souls

Leave the peace alone I Now we all are slowly changing
Dims a fading light I In our souls

In my opinion seeing is to know I The things we hold
Are always first to go I And who's to say

We won't end up alone

On broken wings I'm falling I And it won't be long
The skin on me is burning I By the fires of the sun
On skinned knees I I'm bleeding
And it won't be long I I've got to find that meaning
I'll search for so long

Cry ourselves to sleep I We will sleep alone forever
Will you lay me down I In the same place with all I love


Mend the broken homes I Care for them they are our brothers
Save the fading light in our souls

In my opinion seeing is to know I What you give
Will always carry you I And who's to say

We won't survive it too

Set a-free all I Relying on their will
To make me all that I am I And all that I'll be

Set a-free all I Will fall between the cracks
With memories of all that I am I And I'll that I'll be